Skip to main content

Perniagaan


Kawasan Perindustrian

Industri Kecil dan Sederhana

Terdapat banyak perindustrian kecil di Kuala Langat yang diusahakan oleh penduduk kampung. Produk yang dihasilkan dipasarkan di sekitar Daerah Kuala Langat dan sekitar Lembah Klang. Produk yang dihasilkan berasaskan makanan seperti kerepek dan biskut. Produk makanan ini mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya apabila menjelang musim perayaan.

Makanan
Di Daerah Kuala Langat, terdapat pelbagai pilihan restoran untuk disinggah bagi menikmati hidangan-hidangan yang lazat lagi enak. Antara yang popular di Daerah Kuala Langat adalah restoran makanan laut yang terdapat di Pekan Tanjung Sepat, Batu Laut dan Pulau Carey. Selain daripada makanan laut, terdapat satu lagi hidangan yang tidak kurang popularnya di Jugra, iaitu Beggar's Chicken atau dikenali sebagai 'Hak Yi Gai' dalam bahasa Cina
Perikanan
Tanjung Sepat, Kelanang, Kanchong Laut, Batu Laut Kg. Kundang, Tongkah dan Permatang Pasir adalah merupakan perkampungan nelayan yang terdapat di Daerah Kuala Langat. Kebiasaannya para nelayan akan membawa hasil tangkapan ke darat pada waktu pagi. Ramai penduduk sekitar yang pergi membeli hasil tangkapan laut pada waktu tersebut kerana ikan yang masih segar dan lebih murah harganya berbanding membeli di pasar. Antara ikan-ikan yang popular adalah ikan parang, ikan tenggiri, kembong, ikan merah, gelama dan lain-lain lagi.