LOKASI MUZIUM DI NEGERI SELANGOR

MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

Fungsi Jabatan

  1. Memastikan semua pembangunan atau kawalan pembangunan di kawasan MPKL dilakukan melalui Rancangan Struktur sedia ada dan Rancangan Tempatan yang telah diwartakan
  2. Memperkasa Pengurusan Hasil
  3. Memantapkan pembangunan perkhidmatan perbandaran dari aspek sampah, longkang, rumput dan jalan
  4. Memastikan penyediaan dan penyelenggaraan intrastrukatur dan kemudahan awam sentiasa terkawal

  1. Bertanggungjawab terhadap urusan perjawatan, perkhidmatan serta sumber manusia kakitangan.
  2. Menguruskan latihan/kursus/bengkel dan pembangunan modal insan.
  3. Menguruskan pelaksanaan pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA dan digunakan pakai mengikut kesesuaian Majlis.

  1. Menyediakan Belanjawan Tahunan MPKL.
  2. Bertanggungjawab mengutip Cukai Taksir mengikut Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan kutipan bagi semua hasil Majlis.
  3. Menguruskan bayaran bagi tuntutan perbelanjaan projek-projek majlis.
  4. Menguruskan bayaran gaji dan elaun kakitangan MPKL.
  5. Mengawal kewangan dan perbelanjaan Majlis.
  6. Menguruskan perakaunan Majlis.
  7. Menguruskan Dan Menyediakan Pembelian Secara Perolehan/pesananKerajaan (LO) bagi Majlis Perbandaran Kuala Langat.

  1. Memproses pelan-pelan pembangunan (kerja tanah, jalan dan saliran,lampu awam) dan memproses CF/CCC.
  2. Menyelenggara prasarana kemudahan infrastruktur di kawasan Majlis Perbadaran Kuala Langat.
  3. Menyelenggara kemudahan elektrik (unit elektrik) dan menyelenggara kenderaan pejabat mengikut prosedur yang telah ditetapkan (mekanikal)

  1. Memproses permohonan perancangan guna tanah dengan mengawal perancangan agar tidak bercanggah dengan aktiviti pembangunan yang telah ditetapkan.
  2. Menyediakan kajian perancangan dan isu-isu perbandaran bagi menyelesaikan masalah pembangunan guna tanah dan pewartaan kawasan lapang.
  3. Melaksanakan program kemasyarakatan di bawah LA21 serta menyelaras program MurniNET dan Bandar Selamat untuk mencapai masyarakat yang sejahtera.

  1. Mengurus dan menyelaras aduan, media massa dan elektronik serta bahan-bahan penerbitan untuk MPKL.
  2. Menyelaras program-program yang berkaitan bagi mendapatkan maklumbalas daripada pembayar cukai.
  3. Merancang dan melaksanakan program-program belia, sukan, kebudayaan dan kemasyarakatan di dalam kawasan MPKL.
  4. Menyelia dan memantau aktiviti-aktiviti yang diuruskan oleh Majlis Perwakilan Penduduk dan Persatuan-Persatuan Penduduk di dalam kawasan MPKL.
  5. Menguruskan dan memantau pengurusan kubur dan krematorium di bawah seliaan MPKL.

  1. Menilai pegangan bercukai di dalam kawasan MPKL bagi tujuan cukai taksir dan ‘Sumbangan Membantu Kadar’ bagi harta-harta Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta menguruskan sewaan premis dan kemudahan awam MPKL.

  1. Mengurus dan memproses semua jenis permohonan kelulusan pelan bangunan sehingga CCC dan menjalankan kerja-kerja kawalan serta penguatkuasaan bangunan berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 987 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

  1. Merancang, merangka dan mengawal pembangunan landskap meliputi kawalan rekabentuk serta memastikan penyelenggaraan landskap, pokok ameniti, kemudahan riadah dalam keadaan baik serta menyelaras persiapan logistik bagi program MPKL, Daerah dan Kebangsaan.

  1. Mengurus dan memproses permohonan lesen premis perniagaan, Iklan Kekal atau Iklan Sementara serta pengeluaran permit-permit perniagaan dan pembaharuan lesen / permit perniagaan
  2. Mengurus dan memproses permohonan pindah milik perniagaan, tukar nama syarikat, pindah alamat perniagaan, tambahan jenis lesen atau pembatalan lesen perniagaan.
  3. Bertanggungjawab memberi ulasan sokongan, memproses permohonan bayaran balik cagaran pematuhan syarat pelesenan

  1. Bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan Akta dan Undang-Undang yang digunakan oleh MPKL.
  2. Bertanggungjawab mentadbir urus dan menyelia semua aktiviti pentadbiran jabatan.
  3. Mengurus dan menyelaras aduan di peringkat jabatan

  1. Melaksanakan dan memberi perkhidmatan yang cekap, bersih dan bermutu di samping memelihara kesihatan dan keselesaan penduduk seperti pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, pemeriksaan penggredan premis dan tandas awam serta aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit demam denggi, haiwan liar dan kacau ganggu.

  1. Melaksanakan, menyelenggara, mengawal selia sistem ICT dan memantau segala perolehan ICT.

  1. Menerima dan menyemak Permohonan Cadangan Pemajuan yang lengkap cecara serentak atau berasingan di atas talian dalam sistem OSC Online dan di kaunter OSC serta mengedar kepada kepada Agensi Memperaku/Memproses Dan Agensi Teknikal Dalaman (ATD) Dan Agensi Teknikal Luaran (ATL) Yang Berkaitan;
  2. Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat;
  3. Mendaftar Dan Mengemaskini Permohonan Cadangan Pemajuan Dalam Portal OSC KPKT;
  4. Memberi khidmat nasihat berkaitan prosedur dan proses hal-hal perancangan pembangunan,

  1. Memastikan pengurusan kewangan MPKL diuruskan mengikut prosedur.
  2. Memastikan pengurusan aktiviti-aktiviti jabatan MPKL mengikut prosedur.
  3. Membantu penambahbaikan sistem pengurusan MPKL.
  4. Memberi khidmat nasihat kepada jabatan-jabatan di MPKL berkaitan pematuhan sistem dan prosedur.

  1. Mentadbir pelaksanaan peruntukan-peruntukan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) dan Peraturan-Peraturan Strata 2015 di kawasan pemajuan berstrata.

  1. Menguruskan Proses Tender Dan Sebutharga Bagi Perolehan Kerja, Bekalan Dan Perkhidmatan Di Majlis Perbandaran Kuala Langat Dan Sistem Laman Web Tender Selangor
  2. Menguruskan Dan Menyelia Aset Alih Kerajaan dan Stor Bagi Majlis Perbandaran Kuala Langat.

  1. Menggubal, meminda dan mengkaji perundangan undang-undang kecil dan peraturan yang diguna    pakai oleh MPKL.
  1. Menyediakan perjanjian berkaitan MPKL.
  2. Menguruskan proses pendakwaan kes mahkamah.
  3. Menguruskan proses pembayaran notis kesalahan.

  1. Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
  2. Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;
  3. Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil dan melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;
  4. Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa

  1. Menguatkuasakan Akta dan Undang-Undang yang digunapakai oleh MPKL
  2. Menerima kutipan hasil dan lain-lain kutipan MPKL
  3. Menerima dan memproses permohonan kelulusan pelan tambahan dan perubahan kediakan dan kedai.
  4. Menerima dan memproses borang permohonan lesen perniagaan, papaniklan dan permohonan sewaanlesen perniagaan.

SALAM SEJAHTERAKAJI SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

Borang Maklumbalas

splwpk-feedback-form splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Online Service PERKHIDMATAN DALAM TALIAN e-Taksiran MPKL
splwpk-procurement MyHRMIS Mobile