LOKASI MUZIUM DI NEGERI SELANGOR

MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

Destinasi Menarik

Selamat Datang ke Daerah Kuala Langat

Daerah Kuala Langat dibahagikan kepada dua kawasan pentadbiran iaitu di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Langat seluas 62.924 KM persegi dan selebihnya adalah di bawah pentadbiran pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat. Daerah Kuala Langat telah terkenal sejak dahulu lagi dengan keindahan pantainya terutamanya pantai Morib yang menjadi kawasan rekreasi utama.

Peta Pelancongan dan DUN Banting

Balai Polis atau Rumah Pasung dan Penjara dibina sejak Zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad semasa Jugra berfungsi sebagai pusat pemerintahan Kesultanan Selangor untuk menahan pesalah pada ketika itu. Bangunan ini terletak kira-kira 50 meter daripada pangkalan Batu Hampar. Penjara ini merupakan penjara pertama di Selangor.

 

Bangunan ini dapat membuktikan bahwa sejak awal lagi Negeri Selangor telah melaksanakan sistem pemerintahan yang adil dan saksama. Penjara ini dapat membuktikan masyarakat pada zaman tersebut hidup di bawah kerajaan undang-undang. Bagi golongan pemerintah atau Raja dituntut untuk melaksanakan satu sistem keadilan terhadap masyarakat, juga ianya melambangkan sistem perundangan di Jugra. Malah, ia juga dapat membuktikan bahawa satu teknologi baru telah digunakan dalam mendirikan bangunan itu dengan penggunaan batu pejal.

 

Bangunan bekas Pejabat Daerah Kuala Langat terletak di lereng Bukit Jugra dan berhampiran dengan Sungai Langat. Bangunan ini dibina pada tahun 1876. Bangunan ini merupakan pusat pentadbiran pada zaman pemerintahan Inggeris yang menguruskan hal-hal berkaitan dengan kewangan dan perundangan negeri. Ia juga merupakan tinggalan monumen yang penting kerana dapat memberikan bukti atau gambaran berhubung dengan sistem pemerintahan Residen Inggeris di Selangor. Di dalam bangunan ini juga terdapat bank dan mahkamah yang bertujuan untuk mempermudahkan pengurusan. Jika diamati dari segi senibina bangunan ini merupakan struktur bangunan dua tingkat yang didirikan daripada batuan granit yang menggunakan teknologi tinggi pada masa itu. Dari sisa atap yang ditemui, ianya adalah atap genting yang sama jenis dengan Istana Jugra.

 

Tempat simpan peluru merupakan tempat atau ruang penyimpanan kelengkapan perang, khususnya peluru-peluru ataupun alat-alat bedilan. Kedudukannya berhampiran dengan Bekas Pejabat Daerah dan tempat Bakar Arang. Secara keseluruhannya bangunan ini berbentuk ‘Dome' yang dibina dari bahan simen dan mempunyai sebuah pintu. Ia juga dilengkapi dengan lubang udara yang berfungsi untuk peredaran udara di dalam ruang simpan peluru tersebut. Dilihat dari segi geografi, tempat ini terletak berhadapan dengan aliran Sungai Langat yang dapat mempermudahkan proses pengangkutan peluru ke kawasan-kawasan yang berhampiran mahupun ke tempat penyimpanan. Ia merupakan satu-satu tempat simpan peluru yang pertama kali ditemui di daerah Negeri Selangor.

 

Sekolah Kebangsaan Bandar telah ditubuhkan pada 13 Mac 1898 dengan nama Sekolah Melayu Bandar Dandan Bakly Raja. Ia telah dikendalikan oleh Almarhum Sultan Alaeddin Suleiman Syah iaitu Sultan Selangor yang ke-V.

Muridnya seramai 53 orang kesemunya lelaki. Guru besarnya En. Buruk b. Haji Ahmad. Beliau dilantik oleh Almarhum Raja Muda Musa. Bangunan pertama didirikan di atas tapak tanah yang terletak di Kampung Sungai Ingat di Simpang Tiga kira-kira 400 meter jaraknya dari Istana Bandar.

Selepas 5 tahun sekolah ini dipindahkan di sebuah tanah lapang berhampiran istana (luar istana) kerana sekolah asal telah dijadikan tempat solok (tempat ibadat). Ini juga tidak kekal kerana tempat ini dijadikan tempat latihan Velenter dan majlis keramaian. Almarhum Sultan Alaeddin Suleiman Syah mendirikan sekolah baru di perkarangan istana dan di sinilah anakanda iaitu Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah dan YM Raja Uda (Bekas Gabenor Pulau Pinang) bersekolah.

Pada tahun 1952, sekolah ini telah berpindah ke tapak baru, tiang batu beratap nipah di mana sekolah itu kekal sehingga sekarang dan masih digunakan sehingga kini. Sekolah lama dijadikan sekolah agama. Di sini jugalah DYMM Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah mendapat pendidikan awalnya.

Kewujudan penempatan di kawasan kampung Sungai Lang telah dikesan sejak 2,500 tahun dahulu di tanah melayu iaitu pada zaman gangsa- besi. Penduduk yang tinggal di kawasan ini tidak tinggal di gua batu tetapi ia lebih tertumpu di kawasan yang lapang, tepi sungai dan persisiran pantai. Sungai Lang merupakan petempatan yang penting semasa zaman logam di Semenanjung Malaysia selain di Batu Buruk, Terengganu. Ini berdasarkan penemuan dua jenis alat yang diperbuat daripada gangsa iaitu gendang dan loceng. Ini membuktikan bahawa Sungai Lang merupakan pusat bagi dagangan luar pada zaman tersebut. Selain itu ditemui juga keranda kayu berbentuk perahu untuk menyimpan mayat. Terdapat juga penempatan lain yang berhampiran iaitu terletak di tebing- tebing sungai langat (Selangor).

  

Gendang Dong Son
telah ditemui di Kampung Sungai Lang yang dipercayai berasal dari Zaman Gangsa – Logam.

Kini Sungai Lang lebih dikenali sebagai perkampungan tradisional yang banyak mempunyai produk-produk yang diusahakan sendiri oleh penduduknya. Merupakan sebuah perkampungan melayu 40 KM dari Klang yang banyak membongkar kesan dan tinggalan sejarah

Bangunan Hatters Castle ini pada suatu masa dahulu didiami oleh Pengurus Ladang Kelapa Sawit sekitar abad ke-18. Bangunan ini telah dibina pada zaman dahulu dan mempunyai senibina bercirikan senibina Inggeris. Pada masa kini, ia dibuka kepada para pengunjung V.I.P Syarikat Golden Hope Sdn. Bhd.

Terletak tidak berapa jauh dari ‘Masjid Bandar', ia boleh dikatakan bersempadanan. Istana ini, yang dibina pada penghujung abad ke-19 (tahun 1899) dengan perbelanjaan Sultan Alaeddin Suleiman Shah sendiri, kebetulan dengan masa berlakunya krisis dalam istana sultan Selangor, iaitu peristiwa Tengku Ampuan Mahrum merajuk. Mirip senibina Islam di Timur Tengah dikenali sebagai Istana 40 Bilik kerana di dalamnya terdapat 40 bilik. Istana dua tingkat ini dibina di atas tanah seluas 12.96 ekar. Bahagian tengah terdapat 2 tingkat mengandungi 4 bilik iaitu bilik peraduan, bilik mengadap, bilik tetamu diraja dan persemayam baginda. Di bahagian atas mengarah ke utara diadakan beranda iaitu kawasan lapang tidak beratap dan berdinding kisi-kisi batu sebagai tempat berehat di waktu petang dan malam serta tempat jamuan kecil di raja. Istana ini merupakan tempat almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj diputerakan.

Pendeknya pada dua atau tiga dekad pertama abad ke-20 itu, istana ini masih digunakan sebagai tempat bersemayam baginda sultan bersama isteri baginda orang kebanyakan, Hajjah Safiah. Dan, walaupun sejak 1903, setelah baginda ditabalkan dengan rasminya dan bersemayam di Klang, baginda sentiasa melakukan ibadat sembahyang Jumaat di Masjid Bandar. Jadi, nyatalah sehingga terbinanya "Masjid Ar-Rahmah" Klang (Kampung Jawa), kira-kira pada tahun 1939, sentiasalah baginda berkunjung ke Bandar Temasya, bersembahyang di sana, di samping menemui isteri baginda di Istana Bandar ini. Hanya setelah baginda mangkat pada tahun 1938, barulah betul-betul istana itu ditinggalkan kosong sehingga kini.

Pendeknya, bersandarkan bangunan Istana Bandar inilah menjadi satu bukti yang paling kukuh, bagi menunjukkan Bandar Temasya itu memang terkenal sekurang-kurangnya sehingga tiga dekad pertama abad ke-20. Ini tentunya sangat menarik perhatian. Satu perkara yang harus dinyatakan ialah asal pembukaan ‘Bandar Temasya' oleh Sultan Abdul Samad itu sebenarnya menjadi jalan pembuka kepada tempat itu menjadi terkenal.

Maklumat sedang dikemaskini.

Istana Long Puteri / Istana Maimun merupakan kediaman Raja Long Puteri iaitu cucunda Sultan Abdul Samad. Istana ini terletak berhampiran dengan Istana Jugra. Daripada aspek senibina bangunan, Istana Long Puteri merupakan sebuah rumah berdindingkan papan, bertiang dan berlantaikan batu. Untuk memasuki istana ini, kita perlu menaiki 14 anak tangga yang dibina daripada bahan batu. Dari segi ruang dalaman istana ini, terbahagi kepada 3 ruang iaitu bahagian ruang tamu, ruang tengah dan dapur, di mana bahagian dapur telah dipisahkan daripada ruang tengah. Istana ini juga mempunyai 3 bilik dan sebuah bilik tamu.

Namun pada masa kini, ia tidak diselenggarakan dengan baik.

Istana yang bertiangkan batu dan berlantaikan papan dan dinding bahagian tingkat atasnya juga papan telah dibina pada tahun 1876 oleh Sultan Abdul Samad semasa pemerintahan Baginda. Istana ini merupakan sebuah bangunan istana tertua negeri Selangor Darul Ehsan yang masih wujud. Pada tahun 1898, istana ini telah menjadi tempat pertabalan Sultan Selangor ke-V, Sultan Alaeddin Suleiman Syah.

Istana ini merupakan sebuah bangunan dua tingkat. Di tingkat pertama ianya dibina daripada bahan batu sementara tingkat atas dibina daripada kayu dan berbumbungkan atap genting.

Apa yang ada hanya sebuah bilik di tingkat atas, tersimpan di dalamnya sebuah peti besi yang dikatakan kepunyaan Marhum Jugra. Pada suatu ketika, peti besi itu telah dibawa ke Muzium Negara Kuala Lumpur untuk dipamerkan sebagai barang antik tetapi dikatakan pengawal-pengawal tidak senang hati mendengar bunyi-bunyi dari dalam peti itu, yang bila dibuka tanpa isi apa-apa. Sebab itu, peti besi itu terus diletakkan di tempat asalnya dengan aman. Untuk melihat peti itu, seseorang itu terpaksa menaiki tangga istana yang begitu uzur dan seharusnya berhati-hati. Walaupun bangunan ini tidak digunakan lagi, ia masih terpelihara. Kawasan sekitar istana juga sentiasa bersih, kerana ada penduduk kampung yang mengerjakannya dan diam di situ sambil bertanam buah-buahan seperti jambu, durian dan sebagainya.

Bangunan ini kurang menarik minat rakyat jelata untuk berkunjung ke sana, kecuali bagi pelancong atau peminat sejarah yang ingin melihat keadaan yang sebenarnya.

Sebagaimana pusara bagi orang kebanyakan, yang sentiasa dikunjungi oleh kaum kerabat, maka bagi makam sultan ini juga sentiasa dikunjungi terutama oleh kaum kerabat diraja, bahkan oleh rakyat jelata juga. Oleh yang demikian, makam Sultan Abdul Samad ini, yang terletaknya di atas Bukit Jugra itu, sentiasa dijaga dengan rapi dan terus terpelihara.

 

Makam Diraja Jugra merupakan sebahagian dari bukit Jugra yang telah dipilih sebagai kawasan permakaman keluarga Diraja Selangor pada tahun 1886. Kawasan ini juga dikenali sebagai Kompleks Makam Diraja dan secara keseluruhannya, kawasan permakaman ini berpagar.

Di satu kawasan yang luasnya lebih kurang 5 ekar, terdapat antara lain, sebuah binaan batu yang besar, dan di dalamnya terdapat makam Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Abdullah yang telah mangkat pada bulan Februari 1898, memerintah dari tahun 1859 hingga 1898. Manakala makam-makam lain yang terletak di bahagian luar kompleks adalah Makam Almarhum Tengku Muda Musa, Makam Almarhum Tunku Alfah Binti Almarhum Sultan Abdul Samad, Makam Almarhum Tunku Jaafar, Makam Tunku Yaakob, Almarhum Tunku Maharum, Almarhum Raja Berkat, Makam Almarhum Tengku Muteh Ibni Sultan Abdul Samad.

Di luar bangunan itu, terdapat beberapa perkuburan, terutama yang berhampiran dengan bangunan itu adalah pusara kerabat diraja, dan sesetengahnya adalah bangunan lebih kecil seperti pusara Yang Mulia Raja Kahar, Tengku Maharum, dan Raja Muda Musa yang mangkat pada tahun 1884. Pada masa ini, kira-kira 90m daripada makam ini, disediakan sebuah padang tempat letak kereta. Dari situ, untuk sampai ke makam, disediakan tangga batu untuk memudahkan para pelawat melawat ke atas. Bekalan api dan air juga diadakan di sekitar kawasan makam itu.

 
   
 

Sekiranya anda mencari satu kawasan yang jauh dari kesibukan dan kebisingan kota, Pantai Morib merupakan pilihan yang bijak. Salah satu kawasan beristirehat berpantai di daerah Kuala Langat, ia merupakan destinasi yang paling sesuai bagi pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur yang ingin melepaskan diri daripada tekanan kerja kerana jaraknya yang tidak jauh.

.
 
.
 
.

 

Perjalanan untuk ke sampai ke Morib dari Kuala Lumpur adalah melalui Jalan Persekutuan ataupun melalui North Klang Valley Expressway via Klang. Dari Klang, teruskan perjalanan anda sehingga Banting sebelum tiba di Morib.

.
 
.
 
.

 

Untuk sampai ke Morib menggunakan bas, anda cuma perlu menaiki bas Kuala Lumpur – Banting dari Stesen Bas Old Klang. Setibanya di Banting, anda boleh samada menaiki bas Sepang ke Morib ataupun menyewa teksi di perhentian teksi bersebelahan dengan perhentian bas di Banting. Kemudahan yang terdapat di Pantai Morib termasuklah juga sebuah pentas serbaguna, gelanggang gasing, padang bola sepak pantai, gerai-gerai makan dan Pusat Pelancongan Darul Ehsan (DETC).

Pantai Kelanang merupakan kawasan pantai berpasir dan ditumbuhi pokok-pokok rhu serta pokok kayu bakau. Pesisiran Pantai Baru Morib ke Pantai Kelanang dipenuhi oleh pokok kayu bakau sejauh 7 KM. Dari jalan utama, Jalan Morib, akses ke Pantai Kelanang adalah melalui jalan kampung sediada di Pekan Tongkah dan seterusnya dihubungkan oleh jalan berturap sejauh 5 KM. Akses daripada Pekan Kelanang adalah sejauh 1.3 KM. Akses daripada Jugra boleh melalui jalan sediada dari Jeti Kelanang dan seterusnya dihubungkan jalan yang berturap sejauh 3 KM.

Pelbagai kemudahan disediakan disini seperti surau, tandas, gerai makan, kiosk, pondok rehat dan lain-lain lagi.

..

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi :

Majlis Daerah Kuala Langat
Persiaran Majlis
Jalan Sultan Alam Shah
42700 Banting

No. Tel : 03 – 3187 2825 / 2732
No. Fax : 03 – 3187 9304

Pantai Cunang mula dibangunkan pada 2010 dengan pembinaan pondok rehat dan hujung 2013 terdapat 22 pondok rehat yang dibina sendiri oleh komuniti Orang Asal di sini manakala tahun 2014 ia mula dikenali pengunjung dari daerah luar Kuala Langat walaupun pada ketika itu kemudahan agak terhad.

 

Nama Pantai Cunang itu pula dicipta sendiri oleh komuniti tempatan (Orang Asal) sendiri dimana ‘cunang’ yang membawa maksud tenang dan damai dalam Bahasa Mahmeri.

 

dump.

Kandungan sedang dikemaskini

Agro-tourism adalah suatu istilah yang digunakan untuk menerangkan suatu program pelancongan yang melibatkan bidang pertanian dan perkampungan berdasarkan tarikannya. Daerah Kuala Langat mempunyai beberapa tarikan Agro-tourism yang menarik untuk dikunjungi oleh pelancong yang berminat.

Selain itu, terdapat lagi satu ladang kelapa sawit, OPRS (sekarang dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Golden Hope) di Kelanang dan Pulau Carey. Pusat Penyelidikan Golden Hope yang terletak di Kelanang adalah sebuah Pusat Penyelidikan yang terkenal di seluruh dunia di mana benih kelapa sawit yang dipanggil Golden Hope DxP masih diusahakan. Benih-benih tersebut boleh mengeluarkan hasil yang tinggi.

 agro  .  .

Di samping itu, Pusat Penyelidikan juga ada makmal bioteknologi di mana bahan tanaman sawit dari tisu didik diusahakan. Penyelidikan tentang tanah, perosak tumbuhan, mekanisasi ladang, pokok herba dan produk dari minyak sawit juga dijalankan. Selain dari penyelidikan, stesen ini juga ada membuat kerja perundingan untuk syarikat ladang di dalam dan luar negara.

Selain daripada pusat penyelidikan kelapa sawit, terdapat sebuah Herbal Arboretum yang mula dikenali ramai di Pusat Penyelidikan Golden Hope ,Pulau Carey dan Kelanang yang mula beroperasi pada tahun 1998. Pusat penyelidikan ini juga membekalkan benih-benih pokok herba kepada institusi-institusi yang berminat. Terdapat 350 spesis dengan keluasan 5 ekar di Kelanang dan 3 hektar di Pulau Carey.

Di antara spesis yang paling popular di Herbal Arboretum ini adalah pokok Tongkat Ali, ‘Tea Tree' dan pokok Mengkudu. Pusat ini telah mengeluarkan produk-produk seperti jus mengkudu, kapsul tongkat ali dan barangan kosmetik dari pokok-pokok herba. Namun begitu, produk-produk ini masih dalam penyelidikan dan belum lagi dipasarkan.

Setiap masa stesen penyelidikan menerima kunjungan pelawat-pelawat dari dalam dan luar negara.

Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi :
Sime Darby
KM 10, Jalan Banting-Kelanang,
42700 Banting,
Selangor D.E.
Tel : 03 – 31202311
Fax : 03 – 31201197

Ladang teh Sri Cheeding telah dibuka pada tahun 1927 dengan keluasan 210 ekar dan dikendalikan oleh BOH Plantations serta terkenal dengan ladang teh tanah rendah. Ini kerana teh di ladang ini ditanam di tanah rendah yang mempunyai suhu yang sederhana, tidak seperti ladang teh yang lain di mana ia ditanam di tanah tinggi dan memerlukan suhu yang rendah. Menariknya, teh di ladang ini ditanam di bawah pokok kelapa sawit secara berselang seli dan ia merupakan yang pertama di dunia.

agro .

agro  .

Di ladang ini juga terdapat sebuah kilang yang beroperasi untuk memproses dan membungkus teh. Kilang ini juga menerima bekalan daun-daun teh dari ladang teh di Cameron Highlands untuk pembungkusan. Oleh itu, ladang ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri terutamanya bagi mereka yang ingin melihat teh tanah rendah dan juga bagi mengetahui cara teh diproses dan dibungkus.

Terdapat banyak perindustrian kecil di Kuala Langat yang diusahakan oleh penduduk kampung. Produk yang dihasilkan dipasarkan di sekitar Daerah Kuala Langat dan sekitar Lembah Klang. Produk yang dihasilkan berasaskan makanan seperti kerepek dan biskut. Produk makanan ini mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya apabila menjelang musim perayaan.

.

Perniagaan Usaha Warisan
Memproses Pelbagai Jenis Bahulu, Kuih Tradisional, Biskut dan Kerepek
Tel : 03 – 3187 8332

 .

Fazz Enterprise (M) Sdn. Bhd
‘Kerepek House'
Pusat Jualan KerepeK
Tel : 03 – 3187 7281
Fax : 03– 3181 7281
E-mail : [email protected]

.

Perusahaan Tempe
Jalan Redan, Kanchong Darat, 42700 Banting,
Selangor.
Tel: 03 -3187 6620

uptown banting

Up Town Banting
Viper Two Resources,
No. 7A, Jalan Cemerlang 2,
Pusat Perdagangan Banting,
42700 Banting, Selangor.
Tel : 019 - 244 4643 (Puan Suraya Abdullah) atau 010 - 212 7222 (En. Asri)

.

QINGREN QIAO LOCAL PRODUCTS SHOP
Tepi Laut 2, Pantai Tg. Sepat
42800 Tg. Sepat
Selangor Darul Ehsan
No. Tel : 03 – 3197 5594
No. H/P : 012 – 980 6409 (En. Chia Ke Pong)

Menjual pelbagai jenis cenderamata dan makanan ringan dari laut

Di Daerah Kuala Langat, terdapat pelbagai pilihan restoran untuk disinggah bagi menikmati hidangan-hidangan yang lazat lagi enak. Antara yang popular di Daerah Kuala Langat adalah restoran makanan laut yang terdapat di Pekan Tanjung Sepat, Batu Laut dan Pulau Carey. Selain daripada makanan laut, terdapat satu lagi hidangan yang tidak kurang popularnya di Jugra, iaitu Beggar's Chicken atau dikenali sebagai 'Hak Yi Gai' dalam bahasa Cina

.

.

.

Tanjung Sepat, Kelanang, Kanchong Laut, Batu Laut Kg. Kundang, Tongkah dan Permatang Pasir adalah merupakan perkampungan nelayan yang terdapat di Daerah Kuala Langat. Kebiasaannya para nelayan akan membawa hasil tangkapan ke darat pada waktu pagi. Ramai penduduk sekitar yang pergi membeli hasil tangkapan laut pada waktu tersebut kerana ikan yang masih segar dan lebih murah harganya berbanding membeli di pasar. Antara ikan-ikan yang popular adalah ikan parang, ikan tenggiri, kembong, ikan merah, gelama dan lain-lain lagi.

TongkahTanjungKelanang
Jeti TongkahJeti Tanjung SepatJeti Kelanang

 

Terdapat banyak perindustrian kecil di Kuala Langat yang diusahakan oleh penduduk kampung. Produk yang dihasilkan dipasarkan di sekitar Daerah Kuala Langat dan sekitar Lembah Klang. Produk yang dihasilkan berasaskan makanan seperti kerepek dan biskut. Produk makanan ini mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya apabila menjelang musim perayaan.

 

kraf

1. Kebudayaan Orang Asli di Pulau Carey
2. Kraftangan Orang Asli
3. Kraftangan Tempurung/Daun Getah
4. Muzik Tradisional
5. Silat
6. Permainan Rakyat – Gasing, wau

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Yang Dipertua,
PESAKA Daerah Kuala Langat,
42700 Banting, Selangor D.E
Tel : 016 2578275

Galeri Seni Uda,
No.3, Kedai Luar Bandar,
Taman Seri Desa Morib,
42700, Banting, Selangor D.E
Tel : 012 2574020
Fax : 03-3198 1268
E-mail : [email protected]

Taman Akareka
Lot 249, Jalan Bandar Lama,
42500 Telok Panglima Garang,
Kuala Langat, Selangor D.E
Tel : 016 6502713

Kebudayaan Orang Asli Di Pulau Carey (Kaum Mah Meri)

Pulau Carey yang terletak di selatan Pelabuhan Klang, merupakan penempatan kepada komuniti kaum Mah Meri (disebut Mak Miri). Walaupun terdedah kepada arus perkembangan semasa, suku kaum Mah Meri ini masih mengamalkan cara hidup dan budaya kaum orang asli Mah Meri. Selain daripada persembahan muzik dan tarian tradisi mereka, kaum Mah Meri juga terkenal dengan ukiran kayu daripada sejenis kayu yang dinamakan kayu ‘Nyireh'.

Cara yang terbaik untuk tiba di Pulau Carey adalah perjalanan menaiki kereta. Dari North Klang Valley Expressway terus menuju ke Klang. Sebaik sahaja sampai ke penamat lebuhraya, belok ke kanan di persimpangan berlampu isyarat berhampiran Jaya Jusco, Bukit Raja. Teruskan perjalanan melalui Bandar Klang sehingga tiba di flyover dan menyeberangi sungai. Jalan di sebelah kiri menghala ke Jalan Klang Banting. Jalan ini akan membawa anda sehingga sampai roundabout 3 simpang dan terus menuju ke Pulau Carey.

kampung sg lang kampung sg lang kampung sg lang

Program Homestay merupakan suatu pakej pelancongan yang memberikan anda peluang untuk menjalani hidup di kampung. Bagi pengunjung dari bandar yang biasa dengan kesibukan kota, program Homestay ini merupakan pakej pelancongan pilihan yang tepat bagi melepaskan diri daripada tekanan kerja dan kesibukan gaya hidup yang mewah. Para peserta Homestay .merupakan peserta-peserta yang mencapai piawaian Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan sebagai penyelaras Homestay.

Anda akan dilayan seperti ahli keluarga sendiri oleh peserta Homestay dan dapat menyertai acara-acara atau aktiviti kampung yang biasa dijalankan seperti aktiviti gotong-royong atau acara kenduri kahwin.

Program Homestay di Kuala Langat bermula pengujudannya di Kampung Kanchong Darat dan Kampung Endah, yang telah dimulakan pada Julai 1998. Pada tahun 2002, Kampung Batu Laut telah dimasukkan dalam program ini. Ketiga-tiga kampung ini telah banyak meraih kejayaan di dalam pertandingan kampung yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Kampung Kanchong Darat telah dinobatkan sebagai johan antara johan pertandingan Keindahan, Kebersihan dan Kemajuan Kampung Peringkat Kebangsaan tahun 2000, manakala Kampung Endah menjadi johan pertandingan Keindahan, Kebersihan dan Kemajuan Kampung Peringkat Kebangsaan pada tahun 1990 dan Kampung Batu Laut menjadi johan pertandingan Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan pada tahun 2002.

 agro

 
agro

 

Untuk maklumat lanjut mengenai program homestay ini, bolehlah menghubungi :

Penyelaras,
Homestay Kg. Endah,
PSK 11 Jln Sekolah,
Kg. Endah,
42700 Banting
(u.p. : En. Ramlan bin Hj Misnan)
Tel : 03-31981364 / 013-6456489
Faks : 03-31982312
 

Penyelaras,
Homestay Kanchong Darat,
Jalan Sukun,
Kanchong Darat,
42700 Banting.
(u.p. : Tn. Hj. Mahyuddin bin Hj. Bakhri)
Tel : 03-31874505 / 019-3854505
Faks : 03-31874505

   

Penyelaras,
Homestay Kampung Sg. Lang Tengah,
D/A Lot 1594 Kampung Sungai Lang Tengah,
42700, Banting
Selangor.
(u.p. : Tn Hj. Silim Bin Dasman)
Tel : 03-31871690 / 013-2607097
Faks : 03-31781676
Email : [email protected]
Blog : kampungkukslt.blogspot.com

 

Penyelaras,
Homestay Batu Laut,
No 1. Jln Sekolah,
Kg. Batu Laut,
42800 Tanjung Sepat,
Kuala Langat
(u.p. : Pn. Azura bt Ali / En. Mahmud)
Tel : 012-3881342 / 019-2523670
Faks : -

 

Penyelaras,
Homestay Kg. Kundang,
Kampong Kundang,
Pejabat Pos Tanjung Sepat,
42800 Kuala Langat.
(u.p. : En. Arman bin Saiiman)
Tel : 019-6431816
Faks : 03-31481162

Paragliding adalah sukan popular di seluruh dunia. Aktiviti meluncur ini memerlukan kawasan tanah tinggi bagi memudahkan melancarkan penerbangan. Bagi penggemar sukan ini, Bukit Jugra merupakan lokasi terbaik di Asia.

 

 sukan

 sukansukan

Terletak di Kg.Batu Laut, dimana tempat ini merupakan satu-satunya tempat yang sesuai untuk sukan perahu layer ini. Beberapa pertandingan ‘regatta' telah diakan disini dan disertai oleh peserta tempatan dan luar Negara. Disini juga terdapat pusat latihan yang dibuka setiap hujung minggu kepada orang ramai dan ianya di seliakan oleh tenaga pengajar professional.

 sukan

 sukan

sukan

SALAM SEJAHTERAKAJI SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

Borang Maklumbalas

splwpk-feedback-form splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Online Service PERKHIDMATAN DALAM TALIAN e-Taksiran MPKL
splwpk-procurement MyHRMIS Mobile