PIAGAM PELANGGAN MDKL
- Penyediaan sumber manusia yang terlatih dan terbaik berasaskan budaya kerja cemerlang bagi memenuhi kehendak jabatan, masyarakat dan negara.
- Menguruskan kewangan dengan cekap dan telus berpandukan Arahan Perbendaharaan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
- Menilai Cukai Taksiran dengan adil dan saksama serta menguruskan penggunaan kemudahan harta MDKL dengan cekap.
- Mengawal segala bentuk aktiviti perniagaan menerusi suatu sistem yang efisien serta melaksanakan kerja yang berkualiti, terkawal dan terjamin.
- Merancang pembangunan yang mampan dengan mengintegrasikan pembangunan guna tanah dengan menyeimbangkan pembangunan ekonomi dengan pembangunan sosial serta pemuliharaan alam sekitar.
- Menyediakan dan menyelenggara kemudahan prasarana dan infrastruktur dengan cara yang terbaik untuk keselesaan penduduk.
- Memastikan Pelan Bangunan Baru dan Ubah Suai diproses dengan cekap dan efisien.
- Pembangunan dan penyelenggaraan landskap yang terbaik bagi mewujudkan persekitaran indah selaras dengan konsep ‘Bandar Dalam Taman’.
- Melaksanakan program-program mesra rakyat untuk kesejahteraan penduduk Kuala Langat.
- Memastikan tindakan penguatkuasaan undang-undang dijalankan secara adil dan berintegriti.
- Memastikan perkhidmatan perundangan dan penguatkuasaan undang-undang dijalankan secara adil dan berintegriti.
- Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) 2 kali sebulan.
- Menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan kepada piawaian yang diterima umum.
- Menjaminkan layanan yang mesra dalam pengurusan pentadbiran yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap masalah pelanggan.
- Memastikan badan pengurusan mengurus dan menyenggara harta bersama dalam kawasan pemajuan berstrata dengan baik dan memuaskan selaras dengan peruntukan dalam Akta Pengurusan Strata 2013.
- Melaksanakan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkualiti bagi mewujudkan persekitaran selesa, harmoni dan sejahtera.
- Komited dalam memberikan perkhidmatan perolehan dan sebut harga berteraskan kepada pekeliling yang telah ditetapkan.
- Membangun, mentadbir dan mengurus Bandar Saujana Putra bagi pihak MDKL untuk menjadi bandar lestari, mampan bagi peningkatan kualiti hidup, memantapkan sumber hasil dan memperkasa tadbir urus MDKL.
- Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.