MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

Fungsi Jabatan

Unit Audit Dalam

Fungsi-Fungsi :

  • Memastikan / membantu pengurusan kewangan MDKL diuruskan mengikut prosedur.
  • Memastikan / membantu pengurusan aktiviti-aktiviti jabatan-jabatan MDKL mengikut prosedur.
  • Membantu penambahbaikan sistem pengurusan MDKL.
  • Memberi khidmat nasihat kepada jabatan-jabatan MDKL berkaitan pematuhan sistem dan prosedur.

UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM

Fungsi-fungsi :

Bahagian Aduan dan Perhubungan Awam

  • Mengurus dan menyelaras aduan yang diterima MDKL.
  • Menguruskan dan menyelaraskan kunjungan lawatan dari dalam dan luar negeri ke Majlis.
  • Menjalin hubungan baik dengan pihak luar seperti media, penduduk, agensi kerajaan/swasta dan NGO yang boleh menaikkan imej Majlis.
  • Mengadakan perkhidmatan kaunter terkini dan terbaik

Bahagian Penerbitan

  • Pengurusan mendokumenkan aktiviti Majlis melalui dokumentasi fotografi, videografi dan cetakan.
  • Menguruskan bahan penerbitan seperti laporan tahunan, Buletin, brosur, flyers, poster dan lain-lain untuk menyampaikan maklumat/informasi mengenai aktiviti Majlis.

Bahagian Inovasi Dan Kualiti

  • Mengurus dan menyelaras serta mengaplikasikan program sistem kualiti seperti MS ISO 9001:2008, Amalan Persekitaran Berkualiti (QE), Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), “Key Performance Indicator” (KPI), “Blue Ocean Strategy” (BOS), penandaarasan, “Business Process Reenginering” (BPR), Piagam Pelanggan, Sistem Penarafan Bintang (SPB-PBT), Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) dan lain-lain dalam meningkatkan sistem penyampaian berkualiti MDKL.
  • Mengurus usaha-usaha inovasi dan mengaplikasikannya di MDKL.
  • Mempertingkatkan kesedaran kualiti di kalangan kakitangan Majlis.

UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC)

Fungsi-Fungsi :

  • Menerima permohonan kelulusan pelan bangunan dan CFO.
  • Mengedar permohonan ke Agensi Teknikal atau pihak yang berkenaan untuk diproses.
  • Mengawal dan memantau permohonan-permohonan yang telah diedarkan ke Agensi Teknikal.
  • Menerima balik ulasan-ulasan dari Agensi Teknikal untuk dikumpul dan diproses mengikut garis panduan yang ditetapkan Jabatan Kerajaan Tempatan.
  • Mengemukakan secara rasmi dokumen yang telah diselaraskan ke MDKL untuk kelulusan pelan bangunan dan Sijil Kelayakan Menduduki (CFO).
  • Bagi projek yang bermasalah kecil Pusat Setempat (OSC) akan memanggil mesyuarat mingguan agensi teknikal dan pemaju.
  • Mengenalpasti projek sektor pembuatan untuk diberi keutamaan melalui 'coding' untuk fail serta pemantauan khas mengikut tatacara yang telah disediakan oleh Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT).
  • Memaklumkan status permohonan ke KPKT dan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dari semasa ke semasa dalam borang khas.
  • Merujuk projek yang bermasalah ke OSC negeri.
  • Menyediakan laporan bulanan status kelulusan, analisis masalah dan beri cadangan pembaikan ke KPKT dan PBN.

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

Objektif

Memberikan perkhidmatan pengurusan pentadbiran, latihan dan kemahiran kepada semua warga kerja Majlis Daerah Kuala Langat selaras dengan peraturan-peraturan yang digunapakai bagi memastikan pentadbiran yang cekap dan berkesan.

Fungsi-fungsi :

  • Pengurusan mesyuarat MDKL.
  • Pengurusan hal ehwal pentadbiran.
  • Pengurusan sumber manusia.
  • Menguruskan Program Agenda 21, Program Majlis dan Program Mesra Rakyat.
  • Menguruskan aduan.
  • Menguruskan Program Lawatan Ahli Majlis dan Pegawai MDKL.
  • Pengurusan/ penyelengaraan sistem komputer.
  • Menyediakan/ mengumpul/ menganalisa sistem data maklumat untuk memenuhi keperluan jabatan.
  • Menguatkuasakan akta-akta dan undang-undang yang digunapakai oleh MDKL.
  • Bertanggungjawab terhadap penyediaan kes ke mahkamah.

JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA

Objektif

Mewujudkan satu sistem pencukaian dan sewaan yang adil dan dinamik melalui sistem penilaian dan pengurusan harta yang cekap, berkesan serta bertanggungjawab.

Fungsi-fungsi :

  • Membuat kerja-kerja penilaian pegangan dalam kawasan MDKL bagi maksud mengenakan Cukai Taksiran mengikut Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan, 1976.
  • Membuat kerja-kerja penilaian semula pegangan-pegangan sekurang-kurangnya 5 tahun sekali.
  • Membuat penilaian Caruman Membuat Kadar di bawah Artikel 156, Perlembagaan Persekutuan.
  • Membuat permohonan tanah-tanah kerajaan. Menguruskan bayaran premium tanah, bayaran cukai tanah dan pengeluaran hakmilik.
  • Menguruskan harta-harta tidak alih milik MDKL.
  • Menguruskan penyewaan bangunan-bangunan MDKL.
  • Menguruskan projek-projek penswastaan bagi harta Majlis.
  • Menguruskan carian rasmi pegangan-pegangan.

FUNGSI JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN

Objektif :

Mewujudkan pembangunan yang mampan melalui kelulusan pelan perancangan pembangunan tanah serta menyediakan kemudahan rekreasi untuk meningkatkan keselesaan kualiti kehidupan awam.

Fungsi-Fungsi :

  • Memproses permohonan kebenaran merancang pelan susunatur, kebenaran merancang tanah, merancang perubahan kegunaan tanah, pelan landskap dan pelan alamat.
  • Menyediakan asas rujukan dan melaksanakan mengenai perancangan Bandar terhadap masalah dan isu-isu Perbandaran.
  • Membuat ulasan permohonan tukar syarat tanah, pecah sempadan tanah, menyatukan tanah.
  • Penwartaan keluasan kawasan MDKL.
  • Menyediakan pelan-pelan pembangunan, data-data dan maklumat dalam sistem GIS.
  • Mengawasi masalah setinggan dan kilang-kilang haram.

JABATAN KAWALAN BANGUNAN

Objektif

Menguruskan kelulusan pelan bangunan dan perakuan sijil layak menduduki dalam kawasan Majlis Daerah Kuala Langat agar bangunan yang dibina selamat diduduki selaras dengan Undang-Undang Kecil Bangunan seragam, 1984 dan Akta 133 Parit, Jalan dan Bangunan 1974.

Fungsi-fungsi :

  • Memproses permohonan kelulusan pelan bangunan, pelan tambahan bangunan.
  • Memproses Sijil Kelayakan memduduki Bangunan (CFO).
  • Menguatkuasakan mendirikan bangunan/ tambahan tanpa pelan.
  • Memproses permohonan permit khemah/ bangunan sementara.
  • Memproses permohonan kelulusan struktur papan iklan dan menara gelombang.
  • Penyelenggaraan kerja-kerja kerosakan kecil bangunan yang dilaporkan oleh Jabatan Penilaian.

Maklumat sedang dikemaskini.

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

Objektif

  • Mewujudkan dan membentuk belia-belia agar mempunyai sikap yang berkualiti, berdisplin dan dinamik dengan mengadakan program-program yang berbentuk kepimpinan, kemasyarakatan, ekonomi dan keusahawanan, sukan, kebudayaan dan pendidikan.
  • Merancang dan menganjurkan program-program agar dapat membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan bersemangat bagi menanamkan dan memperkukuhkan semangat sikap bersepadu.
  • Menjadikan aktiviti sukan dan kebudayaan sebagai satu kaedah perkembangan sosial dan pengerat hubungan sosial melalui penyertaan semua lapisan masyarakat dan bangsa.

Fungsi-fungsi :

  • Bahagian Belia
    • Merancang dan melaksanakan program belia di dalam kawasan MDKL.
    • Memantau aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Persatuan Belia yang berdaftar di MDKL.
  • Bahagian Kemsyarakatan
    • Mengurus dan memantau MPP yang berdaftar di MDKL.
    • Mengkaji, melaksana dan merancang program kemasyarakatan di dalam kawasan MDKL.
    • Merancang dan melaksanakan Program Local Agenda (LA21).
  • Bahagian Sukan dan Kebudayaan
    • Mengadakan program kebudayaan dan kesenian untuk MDKL.

Maklumat sedang dikemaskini.

UNIT PERUNDANGAN

Fungsi-Fungsi :

  • Menyedia, menggubal dan meminda perundingan Majlis Daerah Kuala Langat.
  • Menyedia dan mengkaji perjanjian-perjanjian yang berkaitan dengan Majlis.
  • Menyediakan ulasan perudangan untuk jabatan MDKL.
  • Menguruskan hal-hal pewartaan Majlis.
  • Menyedia dan menguruskan kes-kes ke Mahkamah.
  • Menguruskan proses pembayaran kompaun.
 

UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)

Objektif

Memastikan penyelenggaraan harta bersama dilaksanakan secara teratur dan tersusun berdasarkan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan bagi mewujudkan suasana harmoni dan selesa dalam kehidupan perkongsian harta bersama di kawasan pemajuan berstrata.

Fungsi-fungsi

  • Memastikan / membantu pengurusan kewangan MDKL diuruskan mengikut prosedur.
  • Memastikan / membantu pengurusan aktiviti-aktiviti jabatan-jabatan MDKL mengikut prosedur.
  • Membantu penambahbaikan sistem pengurusan MDKL.
  • Memberi khidmat nasihat kepada jabatan-jabatan MDKL berkaitan pematuhan sistem dan prosedur.

Maklumat sedang dikemaskini.

 

JABATAN PERBENDAHARAAN

Objektif

Membina akauntabiliti Majlis melalui pengurusan sistem Belanjawan, Kewangan dan Perakaunan yang cekap dan berkesan.

Fungsi-fungsi :

  • Menyediakan Belanjawan Tahunan MDKL.
  • Bertanggungjawab mengutip Cukai Taksir mengikut Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan kutipan bagi semua hasil Majlis.
  • Menguruskan bayaran bagi tuntutan perbelanjaan projek-projek majlis.
  • Menguruskan bayaran gaji dan elaun kakitangan MDKL.
  • Mengawal kewangan dan perbelanjaan Majlis.
  • Menguruskan perakaunan Majlis.
  • Menguruskan pembelian dan perolehan.
  • Menguruskan penyelenggaraan kenderaan.
  • Urusetia Mesyuarat J/K Tetap Kewangan/Pelaburan dan Perjawatan.

Maklumat sedang dikemaskini.

JABATAN KEJURUTERAAN

Objektif

Menyediakan kemudahan kejuruteraan awam serta mekanikal dan elektrikal kepada penduduk dan pemaju untuk meningkatkan keselesaan kualiti infrastruktur selaras dengan perancangan Majlis Daerah Kuala Langat dan keperluan penduduk.

Fungsi-fungsi :

  • Memproses permohonan kelulusan infrastruktur permohonan kelulusan lampu awam.
  • Mengurus dan menyelia projek-projek pembangunan yang dibiayai oleh Kementerian dan Majlis.
  • Menyediakan sebutharga dan tender bagi projek-projek pembangunan.
  • Penyelenggaraan Bangunan.
  • Menyelenggara kemudahan infrastruktur dalam kawasan Majlis.
  • Urusetia Mesyuarat J/K Tetap Lalulintas, Infrastruktur dan Kerosakan awam.

FUNGSI JABATAN LANDSKAP

Objektif :

Menghijau dan mengindahkan kawasan persekitaran serta menyediakan kemudahan rekreasi untuk meningkatkan keselesaan dan kehidupan awam yang berkualiti

Fungsi-Fungsi :

  • Memproses permohonan kelulusan pelan landskap mengikut garis panduan yang telah ditetapkan
  • Menyediakan sebutharga/tender/kerja-kerja segera bagi kerja-kerja baikpulih kemudahan rekreasi dan pembangunan landskap/tanam pokok
  • Memproses permohonan sokongan sijil layak menduduki bangunan bagi kerja-kerja landskap
  • Memproses permohonan sewaan khemah dan peralatan (bagi yang layak)
  • Menguruskan notis serta operasi tanaman kontan dan kawasan tanah kosong yang bersemak
  • Menyelenggara landskap dan tanaman dalam seluruh kawasan operasi MDKL
  • Menyelenggara tapak semaian MDKL
  • Mengurus peralatan, persiapan dan hiasan bagi majlis-majlis rasmi peringkat MDKL/negeri
  • Mengambil tindakan terhadap segala aduan-aduan yang diterima
  • Melaksanakan kerja-kerja mencantas dan menebang pokok dalam kawasan operasi MDKL.

Maklumat sedang dikemaskini.

CAWANGAN BANDAR SAUJANA PUTRA

Unit Pengurusan Dan Pentadbiran :

  1. Bertanggungjawab Mengurus Dan Menyelaras Hal – Hal Pentadbiran Pejabat Selaras Dengan Peraturan Kepada Akta – Akta Yang Digunapakai ( Akta 171, 172, 176, 133 D.S.B. ), Undang – Undang Kecil, Perintah Tetap Majlis, Keputusan – Keputusan Mesyuarat Majlis, Arahan – Arahan Perkhidmatan, Perbendaharaan, Pekeling – Pekeliling Dan Surat Pekeliling Dari Masa Ke Semasa
  2. Merancang Dan Menyediakan Program – Program Untuk Sasaran Kerja Tahunan Dan Bajet Tahunan Cawangan
  3. Merancang Untuk Meningkatkan Perkhidmatan Majlis Dan Menyelesaikan Aduan – Aduan Penduduk Dengan Mesra Dan Berhemah Di Peringkat Cawangan
  4. Menyediakan Laporan Kemajuan Dan Pencapaian Aktiviti – Aktiviti Cawangan
  5. Menyemak Dan Menyelaras Tugas – Tugas Kakitangan, Buku Rekod Cuti / Kehadiran, Buku Log Kenderaan Serta Memantau Displin Kakitangan Di Cawangan
  6. Menghadiri Mesyuarat – Mesyuarat Majlis Mengikut Keperluan.

Unit Kewangan :

  1. Membuka Kaunter Bagi Menerima Kutipan – Kutipan Bayaran Seperti Bayaran Cukai Taksiran, Bayaran Kompaun Kesalahan Dan Pelbagai Bayaran Berkaitan Dengan Majlis
  2. Menyemak, Memeriksa Kutipan, Rekod – Rekod Kewangan Dan Pengurusan Penghantaran Kutipan Yang Teratur
  3. Menerima Dan Memproses Permohonan Pertukaran Alamat ( Cukai Taksiran )
  4. Menerima Dan Memproses Permohonan Pertukaran Hakmilik ( Cukai Taksiran )

Unit Penguatkuasaan Dan Keselamatan :

  1. Melaksanakan Tugas – Tugas Rondaan Dan Menguatkuasakan Undang – Undang Berdasarkan Perutntukan Akta Dan Peraturan Di Seluruh Kawasan Pentadbiran Cawangan
  2. Membuat Pemeriksaan Premis Berkaitan Dengan Bangunan
  3. Mengambil Tindakan Penguatkuasaan Seperti Mengeluarkan Notis Kesalahan, Notis Pemberitahuan, Sitaan Tapak Dan Rampasan
  4. Menjalankan Tindakan Drastik Melalui Operasi - Operasi Dan Pemeriksaan Seperti Penjaja Tanpa Lesen, Halangan Awam, Sitaan Iklan Tanpa Permit,Sitaan / Tangkapan Anjing Liar, Sampah Haram, Tadika & Taska, Sitaan Tidak Menjelaskan Bayaran Cukai Taksiran, Kenderaan Berat, Sitaan Pusat Cyber Café / Pusat Snooker / Rumah Urut Dan Vcd / Dvd
  5. Menjalankan Pemeriksaan Keselamatan Dan Ulasan Bagi Premis Perniagaan
  6. Menjalankan Pemeriksaan Dan Tindakan Penguatkuasaan Keatas Premis Tred Perniagaan & Perindustrian
  7. Menjalankan PemeriksaanBagi Struktur Papan Iklan Perniagaan
  8. Menjalankan Pemeriksaan Dan Siasatan Berkaitan Aduan
  9. Mengawal Kaunter Bayaran
  10. Mengawal Serta Membuat Pemantauan Pasar Malam
  11. Mengawal Serta Membuat Pemantauan Bazar Ramadhan

Unit Kawalan Bangunan :

  1. Memproses Permohonan Kelulusan Pelan Tambahan Dan Perubahan Pada Bangunan Sediada Melalui Pihak Konsultan Yang Dilantik ( Arkitek / Pelukis Pelan Berdaftar )
  2. Memproses Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan Setara / Buku Garis Panduan Yang Disediakan Oleh Majlis
  3. Memproses Permohonan Pengubahsuaian Pada Bahagian Dalaman Premis Kedai / Kormersial
  4. Mengambil Tindakan Penguatkuasaan Ke Atas Sebarang Pembinaan Dan Pengubahsuaian Dari Bangunan Sediada Tanpa Izin / Kelulusan
  5. Memproses Permohonan Permit Meletak Bahan Binaan Dan Kerja – Kerja Kecil
  6. Memproses Bayaran Balik Tuntutan Wang Cagaran Atau Kutipan Sisa Bahan Binaan ( Cagaran )

Unit Pelesenan :

  1. Menerima Dan Memproses Permohonan Baru Bagi Lesen Perniagaan / Permit
  2. Menerima Dan Memproses Permohonan Lesen Serta Merta ( Sm ), Lesen Komposit, Lesen Penjaja, Lesen Anjing, Lesen Pasar Malam, Lesen Bazar Ramadhan Dan Permit Sepanduk
  3. Menerima Dan Memproses Permohonan Untuk Permit Jualan Buah – Buahan Bermusim
  4. Memproses Permohonan Pertukaran Pindah Alamat Perniagaan
  5. Memproses Permohonan Permit Khemah Sementara
  6. Membuat Ulasan Sokongan Lesen Papan Iklan Premis

Maklumat sedang dikemaskini.