MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

Latar Belakang

Ditubuhkan pada 1 Januari 1977 dan diletakkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menggabungkan 3 Majlis Tempatan iaitu; Majlis Tempatan Sg. Jarom, Majlis Tempatan Tanjung Sepat, dan Lembaga Bandaran Kuala Langat.

Keluasan Kawasan Pentadbiran

Awal penubuhan 3.7 batu persegi(9.6 km) dan pada 2001 bertambah kepada 62.294 km persegi, kemudiannya pada 2006 bertambah kepada 857.70 km persegi termasuk 3 batu nautika.

Jumlah Pegangan

Pada tahun 2001 jumlah pegangan ialah 30000 dari pelbagai jenis seperti Pegangan perumahan, perdagangan, perindustrian & pertanian.

Jumlah Penduduk

  • Tahun 1991 berjumlah 46,588 orang

  • Tahun 2001 berjumlah 97,405 orang

  • Tahun 2011 berjumlah 272,893 orang.

* Kawasan Pentadbiran MPKL sahaja